Khamis, 28 September 2017


ANGGUNE
-------------------
ANGGUNE adalah makanan kesihatan yang berfungsi untuk DETOX & BEAUTY dan juga sebagai agen ANTIOKSIDA.

---------------------------
Kandungan ANGGUNE
---------------------------
DELIMA merupakan bahan utama yang digunakan dalam ANGGUNE. 
Selain itu, antara bahan yang turut digunakan dalam ANGGUNE adalah :
• Habbatusauda
• Biji Aprikot
• Durian Belanda
• Madu
• Kolagen (Marine)

--------------------------------
Masalah Yang Diselesaikan ANGGUNE
---------------------------------
DELIMA mengandungi Serat, Protein, Vitamin C, Vitamin K, Folat, Kalsium, dan Gula Alami. 
DELIMA juga mengandungi 2 ANTIOKSIDAN di dalamnya iaitu Punicalagin & Asam Punicic yang sangat berkesan untuk mencegah :
• Penyakit Jantung
• Kanser
• Jangkitan Bakteria
• AlZheimer (Nyanyuk)
• Gout

----------------------------
Anggune Untuk Kesihatan
----------------------------
• Menguatkan paru-paru dan kekebalan tubuh terhadap penyakit
• Mengurangkan kesan radikal bebas (tua sebelum usia)
• Membantu sistem penghadaman & merawat sembelit
• Mengawal penyakit asma & mengurangkan inflamasi (sakit tekak, batuk, kerap bersin)
• Melancarkan peredaran darah
• Mengawal kadar gula dalam darah
• Membekalkan tenaga & mengurangkan keletihan
• Mengurangkan risiko mati pucuk & lemah tenaga batin
• Meningkatkan keghairahan seksual 
• Mengurangkan kadar kolestrol
• Mengurangkan simptom Menopause

-----------------------------
Anggune Untuk Kecantikan
-----------------------------
• Melambatkan proses penuaan (awet muda)
• Melembapkan kulit yang kering
• Mencerah dan melembutkan kulit serta wajah
• Menghilangkan jerawat dan kulit kemerahan
• Mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah

-----------------------------
Anggune Untuk Kehamilan
-----------------------------
• Memberikan tenaga & mengurangkan keletihan sepanjang kehamilan
• Mencegah Anemia
• Meningkatkan sistem imunisasi bagi ibu dan bayi
• Sangat baik untuk perkembangan otak janin
• Membantu pembentukan tulang dan gigi bayi
• Menghindari Dehidrasi (Air tak cukup dalam badan)
• Mencegah radang dan sebagai agen Anti Inflimasi (Radang kulit/ Kegatalan)
• Mencegah kejang kaki
• Membantu proses penyembuhan luka
Kisah hidup aku yang pahit dulu..
akhirnya Allah hadiahkan kemanisan..
Baiknya Allah..



JATUH
----------
Dalam tahun 2014 saya pernah terjatuh.
Lutut kanan saya terhentak bila saya tersilap langkah di anak tangga salah sebuah pasaraya di Seremban. Hampir 10 minit saya tidak boleh bergerak dan tidak mampu bangun. Terpaksa suami papah balik rumah. Buat malu jerr...
.
Bila sampai rumah, buku lali kaki kiri saya bengkak teruk. Saya terpaksa jalan terhencut-hencut menahan sakit masa tu.. pergi klinik, doktor bagi MC 2 hari sebab menurut doktor, ada kecederaan di buku lali kiri (soft tissue injury).
Lepas MC 2 hari tu, saya kembali bekerja seperti biasa.
------------------------------
SAKIT MAKIN TERUK
------------------------------
Rupanya langit tidak selamanya cerah....
Lebih kurang dalam awal tahun 2015, saya selalu rasa kebas, sakit menyucuk, ngilu dekat jari-jari kaki dan pinggang saya. Makin lama semakin teruk.
Saya pegi klinik, doktor suspek saya kena 'SLIP DISC'.
Doktor hanya beri ubat tahan sakit, tapi makin lama rasa sakit tu makin teruk..
.
Sehinggalah tahap paling kronik apabila kaki saya kebas, tak rasa apa dan tidak boleh bergerak. Saya dirujuk kepada pakar di KPJ ketika itu.
Doktor menyatakan bahawa saya kene 'SLIP DISC'. Doktor buat X-Ray, tapi pinggang saya ok. Selepas itu buat MRI pulak!
---------------------
LUTUT PECAH
---------------------
Selepas keputusan MRI keluar, doktor beritahu yang lutut kaki kanan saya pecah Stage 3 (Internel Derangement Of Knee). Tempurung lutut dah agak terkeluar dari soket (senget ). Saya juga mengalami masalah spinal. Ada kemungkinan saya tidak boleh berjalan dan doktor berkata ini berkemungkinan oleh tidak dapat rawatan yg betul dalam tempoh agak lama.
.
Saya rasa dunia saya gelap. Habislah saya lepas ni saya dah tak boleh berjalan. Kemungkinan duduk di atas kerusi roda. Saya menangis.
.
Doktor kata tiada pilihan lain melainkan saya terpaksa menjalani pembedahan untuk keluarkan tulang yg pecah di lutut. Dan saraf pada lutut mungkin terpaksa dipotong untuk stabilkan kembali lutut yang terkeluar.
.
Saya minta tangguhkan pembedahan, namun atas nasihat doktor, saya perlu melakukan rawatan fisiologi. Hampir 2 bulan saya buat fisio. Tapi langsung tiada perubahan dan sakit saya makin teruk.
Akhirnya, saya buat keputusan untuk ikut jerlah nasihat doktor iaitu membuat pembedahan lutut..
-------------------------------
TIDAK BOLEH SUJUD
-------------------------------
Selesai pembedahan, saya langsung tidak boleh berjalan. Hanya terbaring di katil hospital.
Selang beberapa hari, barulah saya boleh bergerak sedikit.
Saya terpaksa duduk atas kerusi roda hampir 1 minggu.
Kemudian terpaksa gunakan tongkat selama 3 bulan.
.
Selepas 3 bulan, saya sudah mula berjalan tapi terdengkot-dengkot.
2 tahun hidup saya dibelenggu dengan pergerakan yang sangat terbatas.
Tidak boleh duduk bersila langsung. Bila berdiri atau berjalan lama, kaki saya akan sakit. Saya juga tidak boleh naik tangga yang tinggi, tidak boleh memandu kereta manual dan tidak boleh buat aktiviti lasak. Senang kata, dah macam orang tua!
Memang tertekan....
.
Dan yang paling menyedihkan, saya tidak boleh solat secara normal. Saya terpaksa solat duduk di atas kerusi. Bila pergi surau atau masjid, makcik-makcik jemaah solat tu mesti akan tanya kenapa dengan kaki saya. Ayat mereka yang menusuk kalbu : "kesiannn.. Muda-muda dah solat duduk " rasa nak nangis tau tak?!!
.
Bayangkan, hampir 2 tahun saya hilang nikmat untuk sujud pada-NYA. Setiap hari saya berdoa meminta agar Allah memberi kembali nikmat sujud yang orang lain kecapi, memang rasa sangat janggal bila dahi kita tidak boleh mencecah sejadah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang saya rasa.
.
Saya juga berusaha mencari sangat apa yang boleh membuatkan saya back to normal balik. Sekurang-kurangnya saya nak solat macam biasa balik. Tak nak solat duduk atas kerusi lagi. Nak sujud macam hamba Allah yang lain. Saya yakin Allah akan makbulkan doa saya...
.
---------------------------------------------------
DELIMA : ANUGERAH DARI SYURGA
---------------------------------------------------
Akhirnya taqdir Allah pun tiba..
Dalam tahun ini (2017) suami saya mendapat permintaan buah delima setelah beliau menaikkan gambar makan buah delima di Facebook.
.
Maka, saya selalulah tumpang sekaki makan buah delima dan kadangkala buah delima itu saya buat jus untuk diminum bersama anak-anak. Bila kerap makan buah delima, saya merasakan ada perubahan pada kaki saya.
Rasa kebas dan ngilu dah semakin berkurangan..
.
Apabila saya buat carian, saya menemui maklumat bahawa delima ini mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi. Malahan delima juga merupakan buah dari syurga yang dikurniakan Allah kepada hamba-NYA. 3 kali Allah sebut tentang buah delima ini di dalam Al Quran. Mengikut kajian barat, delima juga merupakan buah yang boleh mengubati pelbagai penyakit terutamanya jantung.
=========
ANGGUNE
=========
.
Perkara kebaikan ini perlu saya sebarkan. Saya rasa perlu menyebarkan kelebihan delima ini agar dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Saya dapat cetusan idea untuk menjadikan buah delima ini dalam bentuk serbuk agar mudah dimakan dan dibawa ke mana-mana.
.
Hasil pertemuan dengan chemist dan perbincangan dengan pihak kilang,
Alhamdulillah, akhirnya wujudlah serbuk delima yang saya beri nama ANGGUNE. Kenapa ANGGUNE? Simple jawapannya : Agar yang memakannya menjadi anggun dalaman dan luaran. InsyaAllah.
.
Selama hampir 3 bulan saya mengambil ANGGUNE setiap hari secara konsisten.
Alhamdulillah, syukur sangat. Kaki kanan saya dah sembuh seperti sediakala.
Saya dah boleh jogging, dah boleh main badminton dan saya dah boleh hiking.
Dan yang paling bermakna, saya sudah boleh solat seperti dulu dan sudah boleh mengecap nikmat sujud yang Allah ambil sementara.
Syukur Ya Allah. Alhamdulillah.
Nur Azlinie Wahid, 37